Selasa, 30 Disember 2014

SANTAI BERSAMA ANAK-ANAK


Pada 14 Disember yang, isteri telah berkursus di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.Beliau membawa anak-anak serta adik-adiknya untuk bercuti. Di AAC, pelbagai kemudahan yang disediakan seperti :
  • 24-hour security
  • Babysitting services upon request
  • Business centre
  • Complimentary internet services
  • Covered parking
  • F&B outlets
  • Laundry & dry cleaning
  • Limousine services
  • Fun Factors
  • Adults and kids' swimming pool
  • Gymnasium
  • Table tennis
  • Tennis court
  • Tough Nation team building facilities
untuk lebih lanjut klik Avillion Admiral Cove, Port Dickson.


Isnin, 29 Disember 2014

Jumaat, 26 Disember 2014

TERKINI : BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG BERTAMBAH BURUK



JETI Kuala Tahan, Jerantut ditutup akibat banjir selepas hujan berterusan sejak Ahad lalu. - Foto ihsan PDRM



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk tengah hari ini apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi manakala lima buah kampung di Beaufort, Sabah dilanda banjir tengah malam tadi.
Di KELANTAN, mangsa banjir di lapan jajahan meningkat sebanyak 241 orang daripada 20,468 orang pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir tengah hari ini kepada 20,709 orang.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, pusat pemindahan juga bertambah daripada 70 buah kepada 84 buah tengah hari ini bagi menempatkan kesemua 20,709 mangsa banjir daripada 6,795 keluarga.
Bacaan paras air di empat sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.34 meter (paras bahaya 9 meter), Sungai Galas di Dabong, Gua Musang pada 42.08 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang 40.27 meter (paras bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 29.10 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 17.95 meter (paras bahaya 16 meter).
Sementara jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328 pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini, dan kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di Tanah Merah jumlah mangsa banjir meningkat kepada 240 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan berbanding 141 mangsa di dua pusat pemindahan, dan di Jeli, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 282 daripada 211 mangsa pagi ini yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di Gua Musang berkurangan sebanyak 79 orang iaitu daripada 3,692 pagi tadi kepada 3,513 orang tengah hari ini yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.
Mangsa banjir di 32 pusat pemindahan di Pasir Mas juga menurun kepada 10,497 orang berbanding 10,565 orang pagi tadi dan begitu juga di Tumpat yang berkurangan kepada 3,901 orang di tujuh pusat pemindahan berbanding 3,956 orang pagi tadi.
Sementara di Pasir Puteh kekal 556 orang di empat pusat pemindahan dan di Machang juga kekal 19 orang di sebuah pusat pemindahan.
Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Dis lalu kekal empat orang.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak kepada 11,731 orang berbanding 6,003 pada sebelah pagi, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.
Daerah Kemaman mencatatkan peningkatan ketara iaitu 5,487 orang dipindahkan berbanding 1,877 orang pada sebelah pagi tadi.
Di Besut jumlah mangsa terus meningkat kepada 495 orang manakala Kuala Terengganu bertambah kepada 2,732 orang dan di daerah Dungun dan Hulu Terengganu masing-masing meningkat kepada 2,205 orang dan 686 orang.. Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Marang dan Setiu masing-masing kekal sebanyak 102 dan 22.
Jumlah pusat pemindahan di seluruh negeri adalah sebanyak 90 buah iaitu sembilan di Besut, Dungun (19), Hulu Terengganu (14), Kemaman (36), Kuala Terengganu (lapan), Marang (dua) dan Setiu (dua).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2,555 orang daripada 598 keluarga di enam daerah termasuk daerah Rompin yang dilanda bencana alam itu hari ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, di Rompin sebanyak 169 orang daripada 38 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan yang dibuka pada 12.30 tengah hari ini.
Katanya Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 1,421 orang daripada 357 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir.
"Di Maran melibatkan 594 orang daripada 121 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Lipis (325 oarang daripada 71 keluarga di tiga pusat pemindahan), Pekan (25 orang daripada lima keluarga di dua pusat pemindahan) dan Jerantut (21 orang daripada enam keluarga di satu pusat pemindahan)," katanya kepada Bernama.
Katanya, enam laluan utama di tiga daerah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kuantan membabitkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), daerah Lipis pula membabitkan Jalan Lipis-Gua Musang dan Jalan Lipis-Merapoh dan di daerah Maran ialah Jalan Benta-Jerantut dan Jalan Utama Bandar Maran.
Sementara itu, menurut laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, paras air di empat batang sungai utama di Pahang telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan pada paras 75.35 meter (paras bahaya 68.00 meter), Sungai Pahang di Sungai Yap 54.93 meter (paras bahaya 52.00 meter), Sungai Kuantan di Pasir Kemudi 8.79 meter (paras bahaya 8.20 meter) dan Sungai Kuantan Bypass 5.27 meter (paras bahaya 3.50 meter).
Di SABAH, sebanyak 137 penduduk membabitkan 49 buah keluarga di lima buah kampung di daerah Beaufort dipindahkan ke Dewan Masyarakat Baru Beaufort sejak tengah malam tadi. Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata selain lima kampung tersebut, banjir turut menjejaskan 23 buah kampung lain dan menyebabkan lebih 10 buah jalan terputus hubungan atau hanya boleh dilalui kenderaan berat. Beliau berkata paras air Sungai Padas pada pagi ini setinggi 9.30 meter melebihi paras bahaya.
Ini merupakan kejadian banjir kali keempat berlaku di Tenom dan Beaufort pada tahun ini. Pertama pada Februari, kedua Mei dan ketiga November lepas. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU 23 DESEMBER 2014. Penduduk mula memindahkan kenderaan masing-masing untuk mengelakkan dari kerosakan akibat banjir, air mula naik di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.



Isnin, 22 Disember 2014

Garis Panduan Pelantikan Perunding (Pembangunan Fizikal)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PERUNDING (PEMBANGUNAN FIZIKAL)
BIL.

PIHAK TERLIBAT

TINDAKAN
TEMPOH
CATATAN
RUJUKAN/LAMPIRAN
A.
PELAKSANAAN MELALUI KAEDAH LANTIKAN TERUS

A1
KOS PROJEK KURANG DARIPADA RM50 JUTA (KONVENSIONAL)




1
BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Pembangunan)

Urusetia menerima permohonan pelantikan Perunding oleh Pengurus Projek.

Sepanjang tahun

Menggunakan borang permohonan berkenaan.

Urusetia: Unit Penyertaan Bumiputra.


·         Manual Perolehan Perkhidmatan Perunding  Edisi 2006.

·         Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2006 & tambahan Bil. 8 Tahun 2007.


2

Mengkaji, menyemak dan memproses permohonan pelantikan Perunding.

3 Hari

Memastikan projek akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan   peruntukan adalah mencukupi dan diluluskan mengikut terma rujukan dan skop/brif kerja dan anggaran kos projek.



3

Menyediakan kertas cadangan kepada Mesyuarat JTKP.


4 Hari

Kertas cadangan ini disediakan oleh pihak Urusetia .

Ahli-ahli  Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal &  Kewangan Perunding (JTKP) terdiri daripada:

Pengerusi : SUB (BP).

Ahli-ahli:

a)     TSUB (P) dan  wakil JKR; atau

b)     TSUB (P) dan TSUB (T).



4

JTKP

Menimbang dan memutuskan kertas perakuan pelantikan Perunding.

1 Hari

NOTA:
SUB (BP): Setiausaha Bahagian Pembangunan.

TSUB (P): Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan.

TSUB (T): Timbalan Setiausaha Unit Teknikal.


Surat  Arahan Perbendaharaan bertarikh 24 Mei 2007
(semakan beban kerja perunding melalui laman web  http://smp.treasury.gov.my)


5

BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan)


Menyediakan kertas cadangan pelantikan Perunding yang diperakukan oleh JTKP untuk di bentangkan ke LP ‘A’.


3 Hari

NOTA:
LP ‘A’: Lembaga Perolehan ‘A’.


6

LP ‘A’

Memutuskan kertas perakuan JTKP.


1 Hari

Pihak Berkuasa Melulus adalah sama ada LP’A’ atau Perbendaharaan (tertakluk kepada had kuasa yang ditetapkan).

Sekiranya kos projek < RM50 juta, ia  akan diluluskan LP’A’ dan kaedah bayaran  dibuat  sama ada secara skala yuran piawai atau input masa (man-months).






Scale of Fees (rev.1998)
P.U(B) 548

7











BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)





















BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)


Menyedia dan mengeluarkan LOI kepada Perunding yang dilantik dan memberi taklimat mengenai syarat dan kaedah pelaksanaan.

3 Hari

Letter of Intent (LOI) turut menyatakan kaedah bayaran Cadangan Teknikal & Kewangan (CTK) berdasarkan brif projek.



8

Menerima, menyemak dan memproses tuntutan bayaran kerja awalan.


5 Hari

Yuran Perunding sebagai mana format BEM dan Surat Arahan SUB, no. rujukan  KP(BPP)S(P)/AM/25(46) bertarikh10 Mei 2007  dan  KP(BPP)T/37/AM/249/Jld.4(45) bertarikh 30 Mei 2007.

NOTA:
BEM: Board of Engineers Malaysia.



9

Menerima, menyemak dan menyediakan baucer bayaran dan seterusnya menghantar baucer melalui ‘on-line’ kepada Bahagian Akaun.


6 Hari



10

Meminta Perunding yang dilantik menyediakan draf CTK yang meliputi MoA dan yuran Perunding.









1 Bulan

Tindakan ini selari dengan tindakan no. 8 & 9.

NOTA:
MoA: Memorandum of Agreement.







11

Menerima, menyemak MoA dan cadangan yuran Perunding.


7 Hari



12

JTKP

Menimbang dan memutuskan kertas perakuan draf MoA dan cadangan yuran Perunding.


1 Hari



13

BP, KPM
(Cawangan Teknikal)


Menerima dan memproses cadangan MoA dan yuran Perunding.


3 Hari



14

JTKP

Menimbang kertas cadangan MoA dan yuran Perunding.



1 Hari




15

BP, KPM
(Cawangan  Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)


Menyediakan kertas perakuan kos Perunding yang diperakukan oleh JTKP.




3 Hari



16


LP ‘A’

Memutuskan kertas perakuan JTKP.


1 Hari



17
BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)


BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)


Menyedia dan mengeluarkan MoA & LOA.

7 Hari

Tandatangan oleh KPM dan Perunding dan stamping dibuat oleh Perunding mengikut disiplin masing-masing.


NOTA:
LOA: Letter of Agreement.

·          BAM 1/83-Arkitek.

·          BEM JKR Form A (rev.1/83) -Jurutera.


·          BEM 1/83-M&E.

·          BQSM/JKR Form C (rev.1/83)-QS.


18

Menerima, menyemak dan memproses baki tuntutan yuran.


5 Hari



19.

Menerima, menyemak dan menyediakan baucer bayaran dan seterusnya menghantar baucer melalui ‘on-line’ kepada Bahagian Akaun.


6 Hari


A2
KOS PROJEK KURANG DARIPADA RM50 JUTA (ARAHAN PERBENDAHARAAN)

20

PERBENDAHARAAN & BP, KPM



Menerima dan mengeluarkan LOI atas arahan Perbendaharaan.



3 Hari



21

BP, KPM
(Cawangan Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)


Melaksanakan tindakan sebagaimana A1         (no. 7-19)














A3
KOS PROJEK MELEBIHI RM50 JUTA

22

PERBENDAHARAAN &  BP, KPM



Menerima dan mengeluarkan LOI atas arahan Perbendaharaan.


3 Hari



23

BP, KPM
(Cawangan  Perancangan & Pengurusan dan Cawangan Teknikal)


Melaksanakan tindakan sebagaimana A1         (no. 7-19)