Jumaat, 9 Januari 2015

GST

Assalamualaikum

Umum mengetahui kerajaan akan melaksanakan GST mulai tahun 2015.Namun orang ramai masih tertanya-tanya apakah GST.Oleh hal demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengikuti perkembangan semasa agak tidak ketinggalan.Disini saya kongsikan mengenai GST..Jika ingin mengetahui lebih lanjut dan faham sila pergi lawat web Kementerian Kewangan supaya GST ini tidak disalahertikan.ok. ni web dia http://www.treasury.gov.my/

Apakah GST?

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

Apakah kepentingan GST?

GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih baik. Ia lebih telus, cekap, berkesan, berkawalan kendiri dan kurang birokrasi. GST akan menghapuskan cukai berganda di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.
Bagi perniagaan, kos dalam menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana GST yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka dapat dituntut semula. Sebagai contoh, di bawah sistem percukaian semasa, kebanyakan pengilang tidak dibenarkan menuntut semula cukai perkhidmatan ke atas telekomunikasi, perakaunan dan perkhidmatan guaman, dan cukai jualan ke atas input tidak langsung seperti peralatan pejabat dan perabot. Cukai-cukai ini adalah terselindung di dalam harga barang yang dijual. Oleh itu, kos untuk menjalankan perniagaan meningkat.

Di bawah sistem GST, mana-mana GST yang dikenakan ke atas perolehan boleh dituntut semula dan tidak merupakan kos perniagaan. Dengan yang demikian, eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran global memandangkan tiada GST dikenakan ke atas pengeksportan barang dan perkhidmatan. Ini akan mengukuhkan sektor eksport yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Petikan ini disalin daripada web Kementerian Kewangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan