Isnin, 13 Oktober 2014

Motivasi&info

PETUA ORANG CEMERLANG

(A) Orang cemerlang mengenali dirinya secara mendalam dengan menggunakan beberapa kaedah yang bersepadu.
(B)   Orang cemerlang sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya menggunakan pelbagai teknik dan petua seperti sembahyang taubat, istighfar, baca Quran, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, berpuasa, kekalkan berwuduk dan sebagainya.
(C) Orang cemerlang sentiasa membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan.
(D)  Orang cemerlang sentiasa mencari’emas’dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri.
(E)   Orang cemerlang sentiasa berpegang pada prinsip untuk Berjaya itu lebih mudah daripada untuk gagal. Sebenarnya, memang senang untuk senang.
(F)    Orang cemerlang sentiasa melakukan setiap kegiatan sebaik mungkin. Komitmen terhadap tugas amat tinggi dan sentiasa membuat persediaan rapi.
(G) Orang cemerlang sentiasa melakukan 7M dalam hidupnya:
(i)                  Muhasabah atau nilai diri
(ii)                Muraqabah atau ihsan
(iii)               Musyaratah atau syarat mencapai matlamat
(iv)             Mu’aqabah atau didik jiwa supaya murni
(v)               Mujahadah atau bersungguh-sungguh
(vi)             Mu’atabah atau kritik diri
(vii)            Mawaddah atau kasih sayang
(H)  Orang cemerlang sentiasamencari penghalang atau pembantut kecemerlangan. Kebanyakan orang enggan menerima hakikat yang mereka sebenarnya bermasalah.
(I)      Orang cemerlang sentiasa mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku. Orang cemerlang sentiasa redha dan bersyukur.
(J)    Orang cemerlang sentiasa menjaga ibadah dengan sempurna. Orang yang ingkar perintah Tuhan pasti gagal dunia dan akhirat.
(K)   Orang cemerlang sentiasa mencari hakikat kehidupan. Cuba cari jawapan kepada persoalan mengapa Tuhan menciptakan kita:
(i)                  Khalifah
(ii)                Hamba
(iii)               Dai
(L)    Orang cemerlang sentiasa focus pada kejayaan dan mempunyai visi dan misi yang besar dan bermakna.
(M)Orang cemerlang sentiasa merancang setiap tindakan dengan rapid an sistematik.
(N) Orang cemerlang sentiasa dahagakan ilmu dan berterusan mencari ilmu. Berapa buah buku yang anda beli setiap bulan? Kita perlu belajar untuk belajar.
(O) Orang cemerlang sentiasa belajar daripada setiap kesilapan lalu. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh, tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar adalah apabila kita berhenti mencuba.
(P) Orang cemerlang sentiasa membentuk dan merobohkan tembok yang menghalang hubungan yang kental. 



*KATA-KATA HIKMAH*

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan…..
Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan
dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya
tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi
kita boleh..bersabar. .kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan jangan
menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan
menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak
dapat
bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

# Janganlah disamakan antara orang yang berjimat cermat dengan orang yang
kedekut. Orang berjimat selalunya memperhitungkan perbelanjaannya, masuk dan
keluarnya wang tersebut dengan tujuan membelanjakan menurut sepatutnya.
Sedangkan orang yang kedekut mengumpulkan harta dengan tujuan menambah
sebanyak-banyaknya. Orang yang berjimat mengatur hartanya dan yang kedekut
diatur oleh hartanya.

# Kata-kata yang paling agung dan mulia adalah Allah. Kata-kata yang paling
lembut adalah kasih sayang (ar-rahman-ar rahim). Kata-kata yang paling cepat adalah waktu dan kata-kata yang paling panjang adalah kekal abadi.

# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh
masalah berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar
meninggalkan rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam kerosakan.

# Iri hati dan dengki adalah suatu penyakit yang tidak nampak pada tubuh
penderitanya Cacatnya nasihat ialah bila disampaikan secara terang-terangan.

# Sebaik-baik saudara atau kawan ialah bila engkau lupa dia mengingatkan dan
bila
engkau ingat dia menolongmu.

# Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh
orang-orang
yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra
keimanan dalam dadanya. Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya
akan
makin bertambah dan makin kukuh.

# Sabar dan tenang adalah dua kembar yang dilahirkan oleh jiwa besar.

*Kata hukama*

Renungkan kata kata ini:

1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau
pun
merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu,
sebab
yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.

2. Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan
dan
sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah s.w.t akan murka
lalu
diserahkan semua urusan itu kepada orang itu.

3. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di
belakangmu
sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan denganmu.Harapan
semacam
itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.

4. Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu
bersama,
melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan
oleh orang
itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang
dilakukannya.

5. Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda
memuliakannya,
sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t Jangan sampai anda menjual
agama mu
untuk mendapatkan benda benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil dimata
orang yang memberinya.Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi,
maka
ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.

6. Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat
sesuatu
keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada
Allah
s.w.t serta anda ber lindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya-bahayanya.
Ingat lah,
jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu,
sebab yang
demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.

7. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang
masih hidup
mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda.
Sebenarnya
anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda
dibelakang hari.
Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib
yang semacam itu
akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan
fasik
dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.


10 KATA HIKMAH LAMA CINA

1. Perjalanan seribu batu diawali dengan sebuah langkah.

2. Sebuah batu permata tidak dapat dibentuk tanpa gesekan, seperti halnya seorang manusia disempurnakan dengan cubaan hidup.

3. Lebih baik menyalakan lilin daripada mengutuk kegelapan.

4. Yang bertanya seperti orang bodoh selama lima minit lebih baik daripada yang tidak bertanya, karena ia tetap bodoh selamanya.

5. Jika Anda ingin tak seorang pun mengetahuinya, jangan melakukannya.

6. Berikan seseorang seekor ikan, dan anda memberinya makan untuk sehari. Tetapi ajarkan seseorang untuk menangkap ikan, dan anda memberinya makan untuk seumur hidup.

7. Waktu terbaik untuk menanam sebuah pohon adalah dua puluh tahun yang lalu. Waktu terbaik kedua, adalah: mulailah hari ini.

8. Bila Anda ingin tahu masa lalu Anda - lihatlah keadaan Anda saat ini. Bila Anda ingin tahu masa depan Anda - lihatlah tindakan-tindakan Anda saat ini.

9. Sebuah pembicaraan dengan seorang bijak adalah lebih baik daripada sepuluh tahun menuntut ilmu.

10. Hidup sebagian adalah apa yang kita tentukan, dan sebagian lagi ditentukan oleh teman-teman yang kita pilih.
__._,_.___


Pesanan Guru Mursyid

Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.


KATA-KATA NASIHAT

Tanpa Agama Manusia Binasa
Tanpa Ilmu Manusia Buta
Tanpa Iman Manusia Sengsara
Tanpa Ukhwah Manusia Tersiksa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan