Isnin, 13 Oktober 2014

Catatan Perjalanan Hidup


Melanjutkan Pendidikan Di UKM 

Di bilik kuliah bersama rakan 


Bekerja Di Kem. Pendidikan Malaysia Putrajaya
Terima APC 2014

Bekerluarga Dan Mempunyai 3 Cahaya Mata

Bergiat Aktif Dalam Persatuan Penduduk Komuniti Kejiranan Presint 14E
Selaku Setiausaha

Kerjaya Di Bhg. Pembangunan Kem. Pendidikan Malaysia 


Latarbelakang Bahagian Pembangunan

BP
Bahagian Pembangunan telah ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Bahagian Pembangunan dan Bekalan (BPB).

Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk memberi tumpuan kepada pembinaan infrasturktur pendidikan bagi memastikan usaha kualiti pembelajaran pada ketika itu dapat dicapai. Selain daripada menumpukan kepada aspek pembangunan fizikal, BPB juga memberi tumpuan kepada pembekalan perabot dan peralatan.

Kemudiannya, pada 1 Oktober 1995 Bahagian ini telah distruktur semula dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan, Penswastaan Dan Bekalan (BPPB) beroperasi di Pusat Bandar Damansara. Penstrukturan semula ini adalah bagi menyelaraskan kaedah pembiyaan perlaksanaan pembangunan menggunakan konsep penswastaan. Dimana pada ketika itu, kerajaan menggalakkan agar syarikat-syarikat swasta mengambil bahagian dalam memastikan agenda pendidikan Negara dapat dicapai. Seterusnya, pada 21 Oktober 2003 bahagian ini telah distruktur sekali lagi dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Perolehan (BPP). Ini merupakan satu proses penjenamaan semula BPP selari dengan perkembangan pendidikan Negara pada ketika itu.

Pada 16 Julai 2007, BPP telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan (BP) dan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) dan beroperasi sepenuhnya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya.Pembahagian ini bagi memastikan Bahagian Pembangunan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan projek pembangunan fizikal infrastruktur pendidikan bertaraf dunia.
Penstrukturan ini juga telah melihat pertambahan daripada 247 kepada 299 perjawatan.

Bahagian Pembangunan kini diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian, Gred Jusa B. Struktur organisasi ini terbahagi kepada 3 cawangan utama iaitu Cawangan Perancangan dan Pengurusan, Cawangan Pembangunan Pendidikan dan Cawangan Teknikal.

Visi, Misi, & Objektif
Tambah kapsyen


Fungsi dan Aktiviti Utama


Fungsi Bahagian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan