Selasa, 16 Disember 2014

Tips RumahTangga Oleh Dr. Fadhilah Kamsah

UNTUK KAUM LELAKI BERNAMA SUAMI & RUJUKAN UNTUK KAUM ISTERI - DR. FADHILAH KAMSAH

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n
berak anak s eda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan b eda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"



















TIPS : MENANGANI ANAK


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya  bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... itu salah...  "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal,
minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak  erempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakana alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri


CARA ATASI KERETAKAN RUMAH TANGGA

Saya nasihatkan jangan terburu2 membuat keputusan.Berfikir dan berusahalah untuk menyelamatkan rumahtangga saudara.saya ingin memberikan sedikit tip kepada saudara, dan boleh dicuba untuk memperbaiki semula sikap yang ada pada isteri saudara.

Begini ,saya ada satu plan bagi melembutkan hati isteri saudara dan mudah2an plan yg dirancangkan ini berjaya hendaknya :-Saudara berbincang dgn wife , sediakan 2 buku catatan dan 2 batang pen, saudara ambil satu set dan beri pada wife satu set.

kemudian beritau wife minta dia isikan semua perkara2 yg dia tak puas hati tentang saudara, suruh dia tulis sebanyak mana keburukan dan kelemahan saudara yg dia tidak puas hati pada saudara.OFCOS TENTU TAK CUKUP KERTAS DIA AKAN TULIS SEGALA2 KELEMAHAN DAN KEBURUKAN SAUDARA KAN?Dan saudara cakap pada dia yang saudara pun akan isi buku tersebut dengan keburukan dan kelemahan wife saudara pada pandangan diri saudara juga.

Sebelum memulakan sessi tersebut, saudara dan isteri harus berpisah bilik selama satu malam, bagi memudahkan korang berdua mengeluarkan segala keburukan antara pasangan.

Ke esokan harinya saudara jangan pergi kerja , ambil cuti. dan luangkan hari tersebut untuk sama2 membaca apakan yang telah ditulis oleh pasangan pada buku tersebut.

Mula2 suruh wife saudara baca buku catatan tersebut , dan saudara harus tabah mendengarnya dengan hati yang terbuka....biar dia luahkan segala2 yang terbuku didalam hatinya semua.

setelah habis dia memberikan pendapat dia tentang diri saudara maka tibalah pula giliran saudara.

Saudara jangan bacakan apa yang saudara dah tulis, sebaliknya berikan pada dia buku tersebut dan biar dia yang membacanya.. ..sebelum dia membaca tu saudara berpura2lah buat muka sedih kalau boleh menangis saudara menangislah sebab dah dengar semua yg buruk2 ttg saudara yang disebut oleh isteri tadi.

Ingat! saudara jgn tulis apa2 pun yg negatif , keburukan ke kelemahan ke ttg isteri saudara dalam buku tersebut. sebaliknya saudara tulis "abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada
apa yang perlu abang catatkan di dalam buku ini..Sesungguhnya Sayang tidak
ada apa kurangnya bagi Abang.Ketika saat Abang menerima Ijab dan Qabul lagi, Abang sudah sedia menerima Sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang
merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada Abang. Abang
minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak
sikap Abang yang tidak Sayang senangi. Abang cuba membahagiakan Sayang,tapi
jika Abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG……."

Percayalah Si isteri tidak akan terkata
apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri pasti akan menangis
di dada suami..Memohon keampunan… ….

CARA-CARA MENGATASI KONFLIK
RUMAHTANGGA

Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke
atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT
di dalam firmannya, yang bermaksud :"Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas
perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa
keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian
daripada hartanya."(Surah An- Nisa : 4)

Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi
diberikan kepada suami maka beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi
mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah
bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami
ialah :a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di
dalam rumahtangga.
b. Suami mesti
mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.

Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca
daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri,
buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan
ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami
sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal
kepada Allah.
Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada
faktor luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :

1. Menasihati
isteri supaya hentikan perbuatan.
2. Suami patut
ubah keadaan dalam rumahtangga.
3. Adakan
sekatan atau kawalan, jika perlu.
4. Suami patut
memberi alternatif-alternat if kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan

Jikalau konflik
rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan
dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan melalui firmannya yang
bermaksudnya: - "Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku
nusyuznya(derhaka) , maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika
sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka
masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan)
kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk
menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha
Besar."(Surah An-Nisa': 34)

Dalam menghadapi sesuatu permasalahan suami sewajarnya memberi
nasihat kepada isteri dengan penuh bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi
menerangkan hukum dan akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh teladan yang
boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami juga mesti memberi panduan apa yang
patut isteri lakukan dan peringatan-peringat an supaya menjadi pegangan isteri.
Suami juga hendaklah bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang
dilakukan. Tindakan yang dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang
lembut, sopan dan berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW,
maksudnya:

Dari Abi Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka
apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik
atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari
tulang rusuk. Dan bahagiannyan yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika
engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia
akan sentiasa bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan
baik."(Riwayat Muslim)

MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR Merupakan langkah yang kedua yang disarankan kepada suami untuk
bertindak setelah langkah pertama menemui kegagalan. Langkah ini boleh
dilakukan dengan cara berikut :

a. Suami tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya.
b. Tidur berasingan
(berlainan bilik).
c. Tidak bertegur
sapa atau bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur dengan
cara membelakangkan isteri

Tempoh bagi suami
melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan
kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila
Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga
4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.

PUKUL adalah Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap
keengkaran isteri setelah langkah pertama dan kedua tidak memberi apa-apa
kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan isteri tentang sikap buruknya
serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Sabda Rasulullah SAW; maksudnya
:"Hendaklah kamu memukul isteri-isteri kamu apabila mereka
mendurhakai kamu tentang perkara yang baik".

Di dalam melaksanakan langkah ini, syarak telah menerapkan
syarat-syarat seperti berikut :
1. Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang
boleh meninggalkan sebarang kesan.
2. Tidak memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya
seperti dada.
3. Tidak
menggunakan alat-alat yang boleh mencederakan.
Selain daripada itu, suami mestilah bertindak di dalam keadaan
yang waras dan tidak sekali-kali dengan mengikut perasaan marah atau dendam.
Islam melarang keras suami memukul isteri yang tidak membuat kesalahan.
Sebolehnya mengelakkan daripada memukul isteri, sekali pun langkah-langkah
terdahulu telah gagal.

Krisis di atas suami isteri merupakan perkara yang lumrah
berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka.
Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia
dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi
hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap berkrisis akan
menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam.
Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan
menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia

70 Petua Ilmiah
Memenangi Hati Isteri Anda..
Berikut
adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya
dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang
memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila
bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya
yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk
membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa
dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan
kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna
dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami isteri atau
bakal mendirikan rumahtangga:

1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah
dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang
tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta
bertanya soalan kepadanya.

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan
masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar
tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6) Bawakan kepadanya hadiah yang
mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan
yang bermakna.

7) Rancanglah masa untuk bersamanya
beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya
pula apakah yang hendak buat.

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih
atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan
dan keanggunan rupa parasnya.

10) Akui perasaannya bila dia merasa marah. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa
letih dan penat.

11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih
awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa
untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan
bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan
dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan
padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak
tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda
memahami yang dia tersinggung.

15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya itu bukan salah anda.

16) Bila anda perlukan masa untuk
bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan
sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan
anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda
dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia
tidak menyangka yang bukan-bukan.

18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri
anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19) Pada masa dia mahu berbincang dengan
anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV.
Berikan perhatian sepenuhnya.

20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh
pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia
letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21) Pastikan bila dia letih atau marah,
tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan
beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya
dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur
atau mahu keluar.

24) Berikan dia lima kali pelukan setiap
hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak
berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25) Telefon dia semasa anda bekerja dan
bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku
cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu'
sekurang-kurangnya sekali sehari.

26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan
membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul
yang dikhaskan.

27) Selalulah periksa sama ada tong sampah
sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah
dalam tong tu.

28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon
dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

29) Basuhkan kereta yang dipakainya.

30) Bersihkan diri anda dan pakai
wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

31) Bila dia merasa marah kepada seseorang,
eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan
caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

32) Selalulah tawarkan diri anda untuk
mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

33) Jadikan tabiat merangkulnya dan
mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi
pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau
melihat jam.

35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika
bersamanya walau di khalayak ramai.

36) Bila anda memegang tangannya, jangan
pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman
yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

38) Sarankan beberapa restoran yang baik,
jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

39) Luangkan masa anda untuk pergi
bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat
yang baik atau diharuskan.

40) Wujudkan masa bila mana anda boleh
memakai pakaian bersama-sama.

41) Cuba memahami bila dia lewat atau
tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya
daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

43) Jadikan dia lebih penting dari
anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat
perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan
comel.

45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda
tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau
anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu
keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

47) Luangkan masa bersendirian dengannya
untuk melakukan sesuatu yang romantik.

48) Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya
dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai
masanya.

49) Biarlah anda yang memandu ketika
berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan
hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan
berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira
hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda
tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

51) Bila anda keluar bersamanya, anda
sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu
arah kepada anda.

52) Solat bersama dan berdoa bersama.

53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota
cinta.

54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani
semasa awal-awal dahulu.

55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di
rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri
melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.

56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan
akhbar yang menarik minatnya.

57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan
untuknya yang anda terima melalui telefon.

58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri
untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang
berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.

60) Sewaktu anda mendengar dia berkata,
pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul
kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda
berkata kepadanya.

61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia
buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama
dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

63) Berikan dia ciuman dan berikan salam
atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

64) Ketawalah pada jenaka dan senda
guraunya.

65) Katakan terima kasih bila dia buat
sesuatu untuk anda.

66) Rancanglah untuk makan angin
bersamanya.

67) Berbincanglah dengan cara yang
menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan
anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu
padanya bahawa anda rindu padanya.

69) Belikan untuknya makanan yang dia
gemari.

70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan
hargai pandangannya.

~ Hargailah dirinya selagi masih ada... "
Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan
mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk
dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan,
bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.
Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan
dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke
hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan,
insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan