Rabu, 17 Disember 2014

Pengenalan Seksyen Tanah (KPM)

OBJEKTIF UNIT TANAH

Mengenalpasti, menyelaras dan membuat perolehan
hartanah KPM dengan menggunakan kaedah dan prosedur
yang sistematik secara efisien, berkesan dan ekonomik;
Memastikan setiap tapak sekolah mempunyai Suratan
Hakmilik;

FUNGSI UNIT TANAH
Mengenalpasti, menyelaras dan membuat perolehan hartanah KPM dengan menggunakan kaedah dan prosedur yang sistematik secara efisien, berkesan dan ekonomik;
Memastikan setiap tapak sekolah mempunyai Suratan Hakmilik;

FUNGSI UNIT TANAH
Menguruskan perolehan tapak-tapak pendidikan.
Menguruskan perolehan tanah-tanah rizab dan simpanan persekutuan.
Membuat bayaran pampasan dan premium di samping bayaran-bayaran lain yang berkaitan.
Menangani isu-isu perolehan tapak.
Menyimpan , mengemaskini dan menyelaras rekod tanah dalam SPP II, Sistem Pemantauan Tanah Persekutuan, dan Rekod Inventori Tanah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menguruskan penyerahan maklumat tanah yang telah selesai perolehan ke Unit Pengurusan Hartanah, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset.
Bekerjasama dengan agensi berkaitan berhubung hal ehwal pemantauan tanahpencerobohan, penyewaan.

KRITERIA PENENTUAN TAPAK CADANGAN

Pemilihan tapak cadangan perlulah mematuhi kriteria seperti berikut :
Memenuhi keperluan setempat
Mempunyai Butiran Hakmilik Tapak (nombor lot, kegunaan, syarat nyata).
Bentuk mukabumi (rata dan melibatkan kos kerja tanah yang minima)
Mengenalpasti pembangunan atas tapak yang wujud (setinggan, bangunan, tanaman dan lain-lain).
Mendapatkan anggaran kos tanah
Mengenalpasti infrastruktur yang telah wujud diatas tapak (elektrik, jalan masuk, bekalan air, talian telefon).
Tidak melibatkan sensitiviti  sosial.
Lawatan tapak yang diadakan perlu dihadiri oleh pihak berikut :
Wakil KPM
Wakil JKPTG
Wakil Jabatan Kerja Raya (JKR)
Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Wakil Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (JPBD)
Wakil Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
Pastikan setiap permohonan yang dikemukakan disertakan ulasan  daripada agensi-agensi teknikal.
Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan dibawa kedalam Mesyuarat Perolehan Tanah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan