Isnin, 22 Disember 2014

Proses Kerja Penyerahan Projek Bagi Pelaksanaan Projek


PROSES KERJA PENYERAHAN PROJEK BAGI PELAKSANAAN PROJEK

Langkah
Proses Kerja
Tempoh Masa
F1
MESYUARAT MESYUARAT PRA PEMBINAAN/  “KICK OFF”

Diadakan sebelum projek mula dilaksanakan agar semua pihak
memahami skop, tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Diadakan dengan seberapa segera yang boleh selepas pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) Tender.

Kehadiran ahli mesyuarat adalah termasuk:
       i.          Pasukan Penyelia JKR
      ii.          Kontraktor (termasuk perunding bagi kontrak Reka dan Bina sahaja)
    iii.          Pihak Pelanggan
    iv.          Pihak Berkuasa Tempatan / JBA / TNB / Pejabat Tanah (jika berkaitan)
     v.          Wakil-wakil JKR lain yang terlibat seperti HOPT/Wakil HOPT/HODT/Wakil HODT/ Wakil cawangan



















3 Bulan
F2
MESYUARAT TAPAK/ PENYELARASAN/ TEKNIKAL

Mesyuarat Tapak diadakan untuk memberi Kontraktor peluang membentangkan masalah-masalah yang dihadapi semasa melaksanakan kerja supaya masalah-masalah ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan cepat.
Kekerapan mengadakan mesyuarat tapak bina bergantung kepada nilai kontrak seperti berikut:
(a) Bagi kontrak yang bernilai kurang dari RM 0.5 juta, mesyuarat tapak bina diadakan apabila perlu sahaja;
(b) Bagi kontrak yang bernilai RM 0.5 juta tetapi tidak melebihi RM 10.0 juta, mesyuarat tapak bina diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan; dan
(c) Bagi kontrak yang bernilai melebihi RM 10.0 juta, mesyuarat tapak bina diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

F3
PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK OLEH PERUNDING
Dokumen Kontrak merekodkan terma-terma kontrak bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak secara bertulis dan sangat penting dalam pelaksanaan kerja pembinaan. Fungsi Dokumen Kontrak:
(a) ia boleh menjelaskan skop kerja yang perlu dilakukan;
(b) menetapkan harga dan tempoh siap; dan
(c) menjelaskan tindakan yang boleh diambil jika terdapat sebarang kemungkiran atau pertikaian oleh mana-mana pihak.

Penyediaan Dokumen Kontrak diuruskan oleh pejabat yang memanggil tender. Dokumen Kontrak hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya atau mana mana Menteri dari Kementerian yang berkenaan bagi pihak Kerajaan di bawah Akta Kontrak Kerajaan 1949 (semakan 1973) [Akta 120] dengan Kontraktor. Kontrak hendaklah ditandatangani secepat mungkin selepas semua terma dan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan selewat-lewatnya empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima Tender.
F4
PENYEDIAAN PEJABAT TAPAK OLEH KONTRAKTOR

Bermula daripada tempoh SST dikeluarkan.

Pembersihan tapak bermula apabila tarikh pemilikan tapak berkuatkuasa. Ia meliputi kerja-kerja awalan seperti:-
  1. Penyediaan bangunan-bangunan pejabat, tapak dan penginapan pekerja-pekerja;
  2. Mobilisasi jentera dan peralatan ke tapak bina;
  3. Kerja tanah;
  4. Pembinaan struktur asas; dan
  5. Penyediaan papan tanda projek.

G1
KERJA – KERJA PEMBINAAN OLEH KONTRAKTOR SEHINGGA SELESAI
24 Bulan
G2
PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN (T&C)

Sekiranya kontraktor berpendapat kerjanya telah disiapkan dengan sempurna,kontraktor perlu mengemukakan notis secara bertulis sebagai permohonan T&C kepada Pegawai Penguasa melalui Perunding yang dilantik.

Perunding memantau kerja –kerja T&C yang dilaksanakan oleh Kontraktor.





G3
CPC DIKELUARKAN
CPC-Certificate of Practical Completion
Perakuan Siap Kerja
(JKR 203S – Pind.3/2008)

Perakuan Siap Kerja hendaklah dikeluarkan kepada Kontraktor dan salinan - salinannya hendaklah juga diedarkan kepada semua pihak sepertimana yang tersenarai di dalam Perakuan tersebut, dan kepada pihak-pihak lain yang terlibat dengan Kontrak termasuk Bank/ Insurans yang mengeluarkan Bon Pelaksanaan (jika berkenaan).


G4
CPO DIKELUARKAN
CPO-Certificate of Partial Completion
Perakuan Pendudukan Separa
(JKR 203W – Pind.1/2008)

Satu Perakuan Pendudukan Separa, hendaklah dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemilikan dan pendudukan sebahagian Kerja tersebut. Perakuan tersebut hendaklah menyatakan nilai anggaran bagi bahagian Kerja yang diambil milik dan diduduki.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan