Isnin, 22 Disember 2014

Proses Penyerahan Projek Pembangunan Fizikal

PROSES PENYERAHAN PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL

I.            PENYERAHAN PROJEK

Langkah
Proses Kerja
Tempoh Masa
I1
Penyelarasan semakan Pra Penyerahan:
i.    Cawangan Teknikal Bahagian Pembangunan (BP) hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanaknan terlebih dahulu sebelum projek diserahkan kepada KPM/JPN:
a.        Kontraktor menyiapkan kerja mengikut jadual ditetapkan;
b.        Semua perkhidmatan telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
c.        Semua Testing & Commissioning (T&C) telah dilakukan oleh Kontraktor
d.        Perunding telah mengesahkan kerja siap; dan
e.        Mengadakan mesyuarat sebelum proses Certificate of Consultant Clearance (CCC)
Semasa 75 % daripada kemajuan kerja terakhir
I2
Lawatan Pra Penyerahan:
i.      Lawatan Pra Penyerahan dilaksanakan sebelum projek diserahkan kepada KPM / JPN. Ahli lawatan adalah terdiri daripada:
a.        Pengurus Projek, Unit Pembangunan Bahagian Pembangunan (BP);
b.        Unit Teknikal, BP;
c.        Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);
d.        Konsultan;
e.        Kontraktor; dan
f.         Pihak lain yang berkaitan

ii.    Laporan lawatan Pra Penyerahan disediakan dan senarai semak Pra Penyerahan dilengkapkan dan kemudian dikemukakan kepada Pegawai Penguasa (PP) (rujuk Lampiran 1)


2 hari  










3 hari

I3
Penyerahan projek kepada KPM / JPN:
i.      KPM / JPN mengambil alih projek yang telah disiapkan oleh Kontraktor. Semasa proses penyerahan dilaksanakan, pemeriksaan bersama dilakukan dan hendaklah menepati senarai semak yang ditetapkan (rujuk Lampiran 2)

ii.    Majlis Penyerahan Projek adalah terdiri daripada:
a.        KPM (Unit Teknikal, Unit Pembangunan, Unit Komunikasi Korporat);
b.        JPN;
c.        Konsultan;
d.        Kontraktor;
e.        Media; dan
f.         Pihak lain yang berkaitan

iii.   Maklumat pegawai perhubungan yang bertanggungjawab semasa tempoh DLP diberikan kepada pengguna (rujuk Lampiran 3)


1 hari
I4 (i)
Hebahan media / laman web:
i.      Unit Komunikasi Korporat (UKK) mengemaskini laman web KPM atau membuat hebahan media mengenai majlis serahan projek untuk hebahan dan makluman.


7 hari
I4 (ii)
Kecacatan semasa Defect Liability Period (DLP):
i.      Sekiranya terdapat kecacatan yang dikenalpasti setelah projek diserahkan, pengguna hendaklah mengisi Borang Laporan Kerosakan (rujuk Lampiran 4) dengan kadar segera dan dipanjangkan kepada JPN untuk semakan selanjutnya.

ii.    Sekiranya tiada kecacatan dikenalpasti dalam tempoh DLP, terus ke langkah I9.

1 hari




I5
Senarai kecacatan akhir:
i.      JPN mengadakan pemeriksaan bersama pengguna dan sahkan laporan kerosakan yang dikemukakan.

ii.    Laporan kerosakan seterusnya dipanjangkan kepada Unit Pembangunan BP (pegawai berkenaan) dan Unit Pembangunan mengarahkan Kontraktor untuk kerja senggara / pembaikan.  


I6
Pemantauan kerja senggara / pembaikan:
i.      Unit Pembangunan bersama Unit Teknikal hendaklah melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kerja senggara / pembaikan mengikut keperluan yang ditetapkan.

ii.    Pengesahan kerja pemantauan dan laporan dikemukakan kepada PP untuk makluman.

Sebulan sekali
I7
Mesyuarat kemajuan senggara / pembaikan DLP
i.      Mesyuarat status kemajuan kerja-kerja senggara / pembaikan semasa tempoh DLP dilaksanakan bagi mendapatkan makluman terkini status dan perkara-perkara berkaitan daripada Kontraktor.

ii.    Ahli mesyuarat terdiri daripada:
a.        Pengurus projek (Pengerusi terdiri daripada KPSU atau PSU);
b.        Unit Teknikal;
c.        Konsultan; dan
d.        Kontraktor

3 bulan sekali



I8
Pemeriksaan akhir kerja senggara / pembaikan:
i.      Lawatan akhir dilakukan bersama kontraktor bagi memuktamadkan pemeriksaan akhir kerja senggara dan pembaikan. Ahli terdiri daripada:
a.        Unit Pembangunan;
b.        Unit teknikal;
c.        Konsultan;
d.        Kontraktor

I9
Menyelaras penyediaan Sijil Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD):
i.      Sijil CMGD dikeluarkan apabila Kontraktor siap membaiki kecacatan dan diperiksa seperti di langkah I8
30 hari


J.          AKAUN MUKTAMAD
Langkah
Proses Kerja
Tempoh Masa
J1
Penyediaan dokumen Penutupan:
i.      Persediaan penutupan akaun diselaras oleh Unit Pembangunan BP dan dikemukakan kepada Unit Teknikal
7 hari

J2
Semakan dokumen Akaun Muktamad:
i.      Unit Teknikal BP menyemak dokumen akaun Muktamad
ii.     Sekiranya lulus, langkah J4 dilaksanakan
iii.    Sekiranya tidak, langkah J3 dilaksanakan
1 hari
J3
Tindakan Perunding:
i.      Perunding melengkapkan dokumen yang tidak lengkap dan mengemukakan semula dokumen dengan kadar segera
1 hari
J4
Tutup Akaun:
i.      Unit Teknikal mengemukakan dokumen lengkap ke Bahagian Kewangan bagi memuktamadkan Akaun.
3 hari



Tiada ulasan:

Catat Ulasan